Selasa, 4 Disember 2012

Pecahan Tahun 4

PECAHAN TAHUN 4

 

Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang Sama Penyebut


SITUASI 1:

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??





Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adik-adik..
Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =  2/8
Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8
Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:

2/8 + 3/8 = 5/8

tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??

jom kita kira sekali lagi...

sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8
jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8
jumlah yang tinggal ialah...

8/8 - 5/8 = 3/8

jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8




SITUASI 2:

Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada 5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah bahagian kek yang telah diberi oleh Aida??




Ayuh adik-adik,  kita kira sama-sama !!!

Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian.

Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5

Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5

jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5

jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida??

jom kita kira!!!

sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5

bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5

jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5


diharap adik-adik semua dapat mempelajari pecahan ini dengan senang hati..

ada masa kita jumpa lagi..:)

PECAHAN SETARA -PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN

Hasil Pembelajaran

 1.) menentukan pecahan setara, penyebutnya hingga 10 bagi pecahan wajar.

   2.) menukar pecahan wajar dengan mendarab pengangka dan penyebut        dengan nombor yang sama, 

    3.) menukar pecahan wajar dengan membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. 




Equivalent Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang mempunyai nilai yang sama walaupun kelihatan berbeza.


Contoh:
Pecahan dibawah mempunyai nilai yang sama



Mengapa pecahan ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan atau membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap. Peraturan yang patut diambil perhatian ialah:

Apa yang anda lakukan untuk bahagian atas pecahan,
Anda juga harus lakukan untuk bahagian bawah pecahan

  
pendaraban dalam pecahan setara


Pernyataan untuk peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) didarabkan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.

Dengan menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:
 



pembahagian dalam pecahan setara



Berikut adalah contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) dibahagikan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara. Diingatkan bahawa langkah pembahagian boleh terus dilakukan sehingga pecahan tidak dapat dibahagi lagi.

Penting:
Bahagian pengangka dan penyebut dari pecahan hendaklah terdiri daripada nombor bulat.


Nombor yang dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang sama rata (tiada baki) untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.


Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi penambahan atau penolakan.

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~

Pecahan Termudah ( Bahagian 1)


Hasil Pembelajaran:


1.) menentukan sama ada pecahan yang diberi adalah pecahan dalam  
bentuk termudah  

2.)menukar pecahan wajar dalam bentuk pecahan termudah dengan 
membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama.

3.) menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah melalui proses pemansuhan. 




Selamat bertemu kembali adik-adik..

Kali ini, kita akan belajar satu cara mudah bagi menukar 

pecahan menjadi bentuk pecahan termudah.

Mahu tahu CARANYA??

Jom ikut ... :)



Pertama, kita ambil satu pecahan iaitu 2 / 3


Seterusnya, kita senaraikan pecahan-pecahan setara bagi pecahan 2 / 3 tadi


antaranya ialah:


 4 / 6 

 8 / 12,

10 / 15

12 / 18



antara semua pecahan setara itu, cuba adik-adik perhatikan 

2 / 3 ialah pecahan dalam bentuk termudah

kerana apa???

cuba adik-adik lihat..

2 / 3

pengangka dan penyebutnya tidak boleh dibahagi dengan nombor yang sama 

kecuali nombor 1

contoh lain,

5 / 12 

juga merupakan pecahan dalam bentuk  termudah kerana 5 dan 12 tidak 

boleh dibahagi dengan nombor yang sama kecuali nombor 1 


sudah faham adik-adik???

itu baru bahagian pertama..

nantikan bahagian seterusnya nanti..

banyakkan membuat latih tubi ye... :)




Pecahan Termudah ( Bahagian 2)


Selamat bertemu kembali adik-adik!!


Kali ini, kita akan menyambung berkenaan pecahan termudah bahagian 2 pula

Okey, apa yang adik-adik tahu mengenai proses pemansuhan??

Tidak tahu??


Proses pemansuhan itu berlaku apabila kita menulis satu pecahan dalam 

bentuk termudah, proses membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang     

sama  boleh diringkaskan.

Kita ambil satu pecahan iaitu

6 / 10 = 6 3 / 10 5 = 3 / 5

Nampak tak adik-adik??

Hal ini terjadi kerana kedua-dua angka 6 dan 10 ada dalam sifir 2 

Jadi, kita menggunakan proses pemansuhan untuk terus memudahkan urusan 

mendapatkan pecahan termudah

Mudah bukan adik-adik??

Di sini satu lagi contoh diberikan:

24 / 30 = 24 4  / 30 5 = 4 / 5

Kita dapat lihat bahawa proses pemansuhan ini adalah salah satu cara untuk 

mendapatkan pecahan termudah...

Matematik ini senang bukan??
                                           
                                           

Jangan lupa ulangkaji ye.. :)

Menukar Pecahan Wajar kepada Pecahan Setara

 


 Hasil Pembelajaran: 

menukar pecahan wajar kepada pecahan setara tanpa 

menunjukkan proses pendaraban atau pembahagian 

Hai adik-adik..

kita berjumpa lagi di ruangan ini..

kali ini cikgu tampilkan kepada adik-adik bagaimana untuk menukar pecahan wajar 

kepada pecahan setara tanpa melibatkan operasi bahagi dan darab..

pasti adik-adik tertanya-tanya bukan?? :)

sebelum itu, kami ingin bertanya
 
ADAKAH ADIK-ADIK MASIH INGAT PADA??


1, 2, 3, 4,......

2, 4, 6, 8, .......

3, 6, 9, 12,.......

4, 8, 12, 16,.....


pasti masih ingat lagi akan sifir ini bukan??

formulanya mudah sahaja:

cuba adik-adik perhatikan betul-betul bagaimana kami menulisnya: 

                                            1 / 4 = 2 / 8 = 3 / 12 = 4 / 16

lihat, hanya dengan kemahiran mengingat sifir, adik-adik sudah dapat menukarkan 

pecahan wajar kepada pecahan setara dengan cukup mudah..

apa tunggu lagi adik-adik!!



SELAMAT MENCUBA DAN JUMPA LAGI.. :)



Tips Penolakan Pecahan (Bahagian 1)

Penolakan pecahan bagi dua pecahan yang penyebutnya sama, berlainan atau dua pecahan nombor bercampur mempunyai cara-cara yang tertentu untuk diselesaikan.  

Cara-caranya:

1.
Apabila penyebut kedua-dua pecahan adalah sama, kekalkan penyebutnya dan tolakkan pengangkanya.       
Contoh: 
2.
Apabila menolak pecahan yang penyebutnya tidak sama tetapi mempunyai faktor sepunya, tukarkan penyebut kepada pecahan setara.
Contoh:
3.
Apabila menolak pecahan yang penyebutnya tidak sama dan bukan faktor sepunya, tukarkan penyebutnya dengan cara mendarab kedua-dua penyebut dan pengangka dengan nombor yang sama.
Contoh.
4.
Apabila menolak berturut-turut dua pecahan daripada sebarang pecahan yang kesemua penyebutnya sama, kekalkan penyebut dan tolakkan pengangkanya.
Contoh:
5.
Apabila menolak berturut-turut dua pecahan daripada sebarang pecahan yang penyebutnya tidak sama, tukarkan penyebutnya kepada pecahan setara.
Contoh:

Penyataan Pecahan



Hasil Pembelajaran:  menyatakan pecahan daripada satu kumpulan benda yang penyebutnya hingga 10
















HAI ADIK-ADIK!!

Sekarang kita tambah lagi kefahaman adik-adik.

Di sini, disediakan contoh soalan dan penyelesaian bagi memantapkan lagi 


.kefahaman adik-adik berkenaan konsep pecahan..

Contoh 1 :

3 / 8 daripada 8 batang pen ialah 3 

Penyelesaian 1:



                                                1   2   3   4   5   6   7  8


Contoh 2:

 2 / 4 daripada 4 kaki payung ialah 2 


Penyelesaian 2: 
1
42
3

Sekarang, bagaimana adik-adik?? mesti dah faham kan..

banyak lagi contoh akan diberikan pada episod akan datang..

sampai jumpa lagi.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan