Selasa, 20 November 2012

CONTOH RPH MATEMATIK TAHUN 2

Bidang: Nombor dan Operasi

Tajuk: Nombor Bulat Hingga 1000

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk ; 
                                   1.1 Menama dan menentukan nilai nombor

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

                                       (i) Menamakan nilai nombor hingga 1000

                                           (a) Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan.

                                           (b) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka.

                                           (c) Memadan angka dengan namanya dalam perkataan.


Masa: 60 minit

Persediaan:

Guru menunjukkan beberapa kad perkataan. Minta murid memerhatikan kad perkataan tersebut.
Contoh: seratus

             dua ratus
             tiga ratus

Guru mengedarkan kad nombor 0 hingga 9 dan minta murid murid gabungkan tiga kad nombor supaya membentuk nombor tiga digit.
Contoh:    120

Teruskan aktiviti dengan meminta murid menyebut nombor yang terbina dari kad nombor yang diedarkan.
Contoh:    125        426           234

Imaginasi

Guru menunjukkan beberapa kad huruf secara rawak di papan hitam.

Meminta murid mengesan kad huruf untuk menjadi perkataan dan minta murid menulis nilainya dalam nombor. Aktiviti ini dilakukan beulang bagi nombor yang lain.

Kemudian guru menunjukan beberapa kad nombor di papan tulis dan meminta murid membina nombor tiga digit daripada kad yang disediakan. Minta seorang murid lain menulis nombor yang dibina dalam perkataan. Ulang aktiviti ini bagi pembentukan nombor yang lain.

Perkembangan

Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Edarkan beberapa kad nombor dalam lingkungan 501-1000 kepada setiap kumpulan . Murid menyebut kad nombor yang diperolehi.

Guru mengedarkan kad perkataan mewakili kad-kad nombor yang diperolehi tadi.


 
Minta murid padankan kad nombor dengan kad perkataan. Paparkan hasil padanan di atas meja. Kumpulan lain melihat hasil padanan bagi setiap kumpulan dan beri komen.

Tindakan

Edarkan Lembaran Kerja  kepada setiap murid.
 
Bincang hasil kerja dengan murid.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.


Nilai dan Sikap
 
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan